TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Wednesday, December 4, 2013
Video Kumpulan
Video kumpulan ini dilakon kan oleh ahli kumpulan kami terdiri daripada saya sendiri, Asmadi, Adil, Aishah dan Lailatun. Video ini memaparkan teknik asas dalam permainan Badminton iaitu asas servis dan pergerakan.
ESEI KUMPULAN
1.0 PENGENALAN
Pelajar mempunyai perbezaan di
antara satu sama lain walaupun mereka berada dalam tahap pembelajaran yang
sama. Perbezaan individu ini merangkumi dari aspek pemikiran, tindak balas,
minat, kecenderungan, pencapaian dan
pemahaman. Justeru pelajar-pelajar ini mempunyai gaya yang tersendiri untuk menerima dan bertindak balas dengan
persekitaran. Pelajar juga berbeza dari sudut menggunakan rangsangan dalaman, proses pembelajaran dan
pendekatan yang diambil oleh setiap pelajar adalah berdasarkan tanggapan subjektif mereka
terhadap kehendak pengajar atau konteks pembelajarannya.
Gaya pembelajaran yang sesuai dengan
diri pelajar sangat penting kerana ia mempunyai hubungan yang kuat terhadap keputusan pencapaian akademik
pelajar. Di mana, gaya pembelajaran memberi ruang kepada pelajar untuk memperkembangkan potensi
mereka dalam mencapai keputusan akademik yang
cemerlang.
Gaya pembelajaran murid yang aktif
contohnya pelajar sekolah projek sukan adalah berbeza dengan pelajar sekolah
harian biasa. Walaupun prestasi akademik mereka sama, kaedah pembelajaran
adalah berbeza antara pelajar sukan dan bukan pelajar sukan. Hal ini disebabkan
oleh beberapa faktor seperti, sikap, motivasi, kekangan masa dan sistem
pengurusan diri pelajar.
Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk
mengenalpasti kaedah pembelajaran pelajar sekolah projek sukan dengan sekolah
harian biasa. Kajian ini dilakukan supaya guru dapat mencari alternatif untuk memperbaiki tahap pengajaran sedia ada
kepada yang lebih efisien dan juga kepada pelajar sendiri untuk melakukan
penambahbaikan dalam prestasi akademik masing-masing. Hal ini kerana ramai yang
membuat tanggapan bahawa pelajar sukan sering tercicir dalam akademik akibat
tidak boleh memberi komitmen yang baik dalam pembelajaran.
2.0 OBJEKTIF
KAJIAN
Objektif
kajian ini adalah untuk :
I.
Mengenalpasti gaya pembelajaran yang
diamalkan oleh pelajar sekolah projek sukan dan pelajar sekolah harian biasa.
II.
Membuat perbandingan gaya pembelajaran
antara pelajar sekolah projek sukan dengan pelajar sekolah harian biasa.
III.
Memberikan pendedahan kepada pelajar
tentang pengurusan belajar yang berkesan.
3.0 KEPENTINGAN
KAJIAN
Kajian ini adalah sangat bermanfaat
untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pentadbiran pendidikan, pendidik,
pelajar dan ibu bapa.
I.
Pentadbiran Pendidikan
Pentadbiran pendidikan misalnya KPM,
JPN, dan PPD dapat merangka program latihan pembelajaran yang efisien kepada
sekolah sebagai cadangan penambahbaikan mengikut spesifiasi gaya pembelajaran
murid. Ianya juga dapat dijadikan rujukan prestasi dan perkembangan pelajar
dari semasa ke semasa.
II.
Pendidik
Kajian ini juga dapat membantu
golongan pendidik menepati kehendak dan
perubahan arus globalisai dalam
bidang pendidikan pada masa hadapan. Amalan gaya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan berkesan pastinya akan mendatangkan hasil yang
baik. Hal ini pastinya akan menjurus kepada peningkatan pencapaian akademik
para pelajar. Selain itu,gaya pengajaran guru yang kreatif dan bersesuaian dengan
gaya pembelajaran pelajar sudah tentu mendatangkan keseronokan dan keberkesanan
dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
III.
Pelajar
Kajian ini juga diharapkan dapat
membantu para pelajar menyelasaikan masalah pembelajaran yang mereka hadapi
dalam pembelajaran dan gaya belajar mereka. Hal ini amat penting supaya pelajar
boleh memberi tumpuan yang lebih baik semasa berada dalam bilik darjah serta
memperbaiki gaya pembelajaran mereka kepada yang lebih sistematik.
IV.
Ibu bapa
Selain itu, kajian ini dapat juga
dijadikan rujukan dan sebagai panduan kepada pihak ibu bapa dan penjaga pelajar
untuk memberi motivasi kepada pelajar bagi memperoleh keputusan yang cemerlang
dalam bidang akademik dan meningkatkan kualiti pembelajaran.
4.0 METODOLOGI KAJIAN
I.
Kaedah kajian
Kajian ini dijalankan secara
kuantitatif. Bermakna kami hanya menjalankan soal selidik dan tiada temubual.
Kami telah menjalankan kajian menggunakan borang soal selidik yang mempunyai
tiga bahagian iaitu bahagian A ( latar belakang responden ), bahagian B ( sukan
dan akademik ) dan bahagian C ( gaya pembelajaran ).
II.
Lokasi kajian
Kajian
telah dilakukan di dua buah sekolah iaitu :
·
Sekolah projek sukan
·
Sekolah harian biasa
III.
Responden
Responden terdiri daripada pelajar
menengah atas di kedua-dua buah sekolah. Umur pelajar dalam lingkungan 15-17
tahun. Responden merupakan pelajar sekolah berikut. Seramai 30 orang responden
telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Pelajar terdiri daripada kumpulan
pelajar yang mempunyai prestasi yang baik dan aktif bersukan.
5.0 DAPATAN
KAJIAN
Kajian 1
Setiap responden mempunyai minat dan
bakat sukan yang berbeza. Antara sukan yang diminati oleh mereka adalah seperti
:
·
Badminton
·
Catur
·
Bola baling
·
Ping pong
·
Bola sepak
·
Bola tampar
·
Futsal
·
Softball
·
Tenis
·
Marathon / merentas desa
·
Olahraga
·
Hoki
·
Bola keranjang
·
Petanque
·
Bola jaring
JADUAL 1
Jadual 1 menunjukkan kepelbagaian
bidang sukan di antara pelajar sukan dan pelajar sekolah harian biasa.
Badminton merupakan salah satu sukan yang popular di kedua-dua sekolah. Hal ini
mungkin kerana sukan adalah merupakan salah satu sukan riadah yang boleh
dimainkan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira usia. Sedangkan Malaysia
juga telah melahirkan jaguh dunia dalam sukan badminton. Mungkin itu menjadi
salah satu motivasi kepada mereka. Jadi, boleh disimpulkan bahawa semua pelajar
melibatkan diri dalam sukan yang dianjurkan di sekolah.
Kajian
2
JADUAL 2
Berdasarkan analisis data,
peruntukan masa belajar para pelajar adalah berbeza mengikut individu.
Sesetengah pelajar memerlukan banyak masa dalam sehari manakala ada segelintir
pelajar yang tidak memerlukannya. Berdasarkan kajian, dapat disimpulkan bahawa
pelajar sekolah harian biasa memperuntukkan masa yang lama untuk mengulangkaji
pelajaran berbanding dengan pelajar sukan. Hal ini mungkin kerana kekangan masa
akibat komitmen pelajar sukan terhadap perlawanan atau pun musim pra
pertandingan. Bagi pelajar sekolah harian biasa mereka tidak terikat dengan
latihan pusat membolehkan mereka masa luang tambahan berbandng pelajar sukan
yang terhad. Kekangan masa sebenarnya tidak mengganggu prestasi belajar
pelajar. Ianya bergantung kepada pengurusan pelajar itu sendiri. Tidak kira
pelajar tersebut mempunyai banyak komitmen atau tidak, yang penting adalah cara
pelajar membahagikan masa belajar dengan komitmen lain.
Kajian
3
JADUAL 3
Sememangnya setiap pelajar mempunyai
kaedah pembelajaran yang berbeza-beza. Dalam kajian ini, kami tekankan kepada
dua kaedah pembelajaran iaitu pembelajaran secara koperatif atau berkumpulan
dan pembelajaran secara individu. Ternyata majoriti pelajar di kedua-dua buah
sekolah mengamalkan kaedah pembelajaran secara berkumpulan. Kaedah pembelajaran
secara berkumpulan memang sangat berkesan untuk digunakan. Hal ini kerana, bagi
pelajar sukan, mereka banyak keluar meninggalkan kelas untuk tempoh yang lama
jika terlibat dengan sebarang perlawanan penting. Oleh itu, mereka perlu
belajar sendiri bab-bab atau tajuk-tajuk pembelajaran yang ketinggalan. Jadi,
pembelajaran berkumpulan merupakan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut
selain daripada merujuk guru mata pelajaran.
Kajian
4
Dalam era pendidikan, rujukan
merupakan satu wadah penting untuk pelajar memperoleh maklumat. Di sekolah,
rujukan utama pelajar adalah guru dan kawan sedarjah atau tingkatan. Dalam
kajian ini, pelajar lebih memilih kawan sebagai rujukan utama sekiranya
mempunyai masalah terhadap sesuatu pelajaran. Ibu bapa jarang menjadi rujukan
utama kerana di sekolah mereka lebih terdedah kepada sahabat handai. Walau bagaimanapun,
ibu bapa tetap perlu memerhatikan akademik anak-anak masing-masing. Mereka
tidak boleh hanya melepaskan batuk di tangga dan meletakkan semua tanggungjawab
tersebut kepada guru secara langsung.
Kemahiran
Belajar
Kemahiran belajar terdiri daripada 6 bahagian iaitu
:
·
Kemahiran mengurus masa
·
Kemahiran membaca
·
Kemahiran menulis nota
·
Kemahiran membuat rujukan
·
Kemahiran mendengar
·
Kemahiran menjawab peperiksaan
I.
Kemahiran Membaca
Membaca adalah proses berfikir yang
melibatkan pemikiran perkara tersurat, tersirat, menghubungkaitkan idea,
menyoal dan bertindak balas dengan memberi idea dan mengaplikasikan maklumat
baru ke dalam situasi baru. Di peringkat pengajian tinggi, bahan bacaan
merangkumi buku, jurnal, makalah, nota kuliah, potongan surat khabar, tesis dan
bahan-bahan rencana yang berkaitan. Keberkesanan dalam pembacaan adalah amat
penting dan perlu ditekankan oleh para pelajar ketika membaca. Proses membaca
yang berkesan memerlukan kemahiran yang tertentu sama ada sebelum, semasa
ataupun selepas proses membaca.
Untuk memperolehi keputusan yang
cemerlang, seseorang pelajar perlu mempunyai kemahiran membaca yang betul.
Biasanya pelajar akan melupai dan tidak memahami apa yang telah dibaca walaupun
telah membaca dengan berulang kali. Keadaan ini sebenarnya menunjukkan bahawa
cara membaca yang mereka gunakan tidak dapat menghasilkan kefahaman pembacaan
yang maksimum. Untuk mengelakkan pembaziran masa, pelajar perlu mengetahui dan
melatih diri membaca dengan betul berdasarkan kaedah-kaedah pembacaan ada.
Kaedah pembacaan yang tidak betul akan menyebabkan pelajar berasa cepat bosan,
kurang berminat dan cepat berasa mengantuk
II.
Kemahiran menulis nota
Menulis nota merupakan aktiviti yang
sangat penting kepada pelajar terutamanya mereka yang melanjutkan pelajaran di
pusat pengajian tinggi. Kemahiran mencatat nota yang efektif penting dalam
proses pembelajaran di universiti kerana kuliah yang disampaikan oleh pensyarah
merupakan sumber maklumat paling utama bagi para pelajar.
Faktor kegagalan pelajar mencapai
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mungkin berpunca daripada pelajar
tidak mempunyai nota yang tersusun ataupun langsung tidak mempunyai nota.
Pelajar yang mencatat nota dan belajar selepas waktu kuliah dapat mengingat
90-100% daripada yang didengar. Sebaliknya untuk pelajar yang tidak mencatat
nota atau belajar nota daripada rakan sekelas akan melupai 80% daripada apa
yang didengar dalam kuliah selepas masa dua minggu .
Di samping itu, pelajar juga perlu
menghadiri kuliah tepat pada waktunya supaya pelajar tidak ketinggalan dalam
mencatatkan nota yang betul dan penting. Selain menghadiri kuliah tepat pada
waktunya, pelajar juga perlu memilih tempat duduk atau lokasi yang sesuai iaitu
berdekatan dengan pensyarah. Lokasi yang sesuai akan meningkatkan konsentrasi
pelajar terhadap pembelajaran yang disampaikan.
III.
Pengurusan masa
Untuk pengurusan masa yang paling
berkesan, pelajar perlu membuat jadual waktu persendirian. Segala aktiviti yang
akan dijalankan dalam masa 24 jam perlulah dicatatkan dalam jadual waktu.
Seseorang yang mengamalkan tabiat ini dapat menggunakan masanya dengan optimum.
Seseorang yang pandai menguruskan masanya akan mempunyai masa yang mencukupi untuk
belajar, beriadah, bergiat dalam kegiatan ko-kurikulum, menonton televisyen dan
sebagainya.
Untuk memastikan pelajar dapat
menggariskan masa secara cekap dan berkesan, pelajar boleh mengkelaskan masa
dan kerja berdasarkan kaedah berikut :
·
Masa ketika pelajar paling segar,
bertenaga dan dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada proses
pembelajaran.
·
Masa sewaktu pelajar paling keletihan
atau terdedah kepada faktor-faktor gangguan dimana pelajar sukar untuk
mendapatkan konsentrasi.
·
Masa diantara dua waktu yang dinyatakan
di atas.
IV.
Kemahiran mendengar
Aktiviti mendengar sering dianggap
sebagai satu aktiviti yang mudah, tetapi pelajar masih menghadapi kesukaran
untuk mendengar secara berkesan. Pelajar yang duduk di kawasan satu per tiga
daripada bahagian hadapan kelas atau berhampiran dengan guru dapat meningkatkan
daya penglihatan dan pendengaran pelajar. Pelajar yang memilih tempat duduk di
bahagian belakang bilik darjah merupakan satu amalan yang merugikan diri
sendiri.
Selain itu, pelajar juga boleh
bersikap optimis dan percaya bahawa topik yang dibincangkan berfaedah, ini akan
memberi dorongan pelajar untuk terus mendengar. Selain itu, pelajar perlu sentiasa
menggunakan daya imaginasi sendiri dan membuat hubungkait di antara maklumat
yang diperolehi untuk mengemukakan soalan. Dengan cara ini, fikiran pelajar
akan lebih tertumpu kepada topik yang dibincangkan oleh pensyarah semasa di
dalam kelas.
V.
Kemahiran membuat rujukan
Pelajar perlu membiasakan diri berada
di dalam pepustakaan untuk mencari maklumat yang diperlukan. Kebanyakan pelajar
berasa malu dan masih kurang mahir untuk menggunakan perpustakaan. Kemahiran
membuat rujukan di perpustakaan adalah kemahiran pembelajaran yang sangat
penting dan perlu dikuasai oleh semua pelajar. Ini adalah disebabkan pelajar
tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada nota yang diberikan oleh guru sahaja.
Dengan mempunyai kemahiran membuat
rujukan, pelajar akan lebih menguasai dan mempunyai kefahaman yang lebih
mendalam tentang sesuatu mata pelajaran yang dibincangkan. Pelajar perlulah
rajin bertanya kepada pustakawan sekiranya menghadapi sebarang masalah semasa
menggunakan perpustakaan dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar supaya dapat
mencari maklumat dan bahan yang dikehendaki.
VI.
Kemahiran menjawab peperiksaan
Kebanyakan pelajar yang gagal dalam
peperiksaan adalah kerana tidak mempunyai perancangan yang rapi semasa awal
semester lagi. Kebanyakan pelajar gemar mengulangkaji pelajaran pada saat-saat
akhir. Keadaan ini akan menimbulkan ketegangan yang akan mengurangkan kecekapan
pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan. Satu kesilapan besar yang sering
dilakukan oleh kebanyakan pelajar adalah mereka tidak melihat balik atau
mengulangkaji nota yang dicatat selepas pembelajaran.
Pelajar hanya akan mengulangkaji
semula menjelang saat akhir peperiksaan. Membuat latihan dan mengulangkaji akan
menguatkan lagi kefahaman dan ingatan terhadap mata pelajaran yang dipelajari.
Oleh itu, membuat latihan dan perbincangan adalah dua faktor yang paling
penting untuk mencapai tahap pengekalan ilmu pengetahuan yang dipelajari.
Pelajar yang tidak menjaga kesihatan
dan mempunyai tidur yang cukup akan menghadapi masalah untuk menumpukan
perhatian yang sepenuhnya. Malahan daya ingatan juga akan menjadi lemah dan
boleh mengganggu persediaan pelajar sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
Menyediakan segala peralatan yang diperlukan juga merupakan salah satu
persediaan yang penting sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
Pelajar perlu memastikan semua
peralatan seperti pen dan kalkulator berada dalam keadaan yang baik. Selain
itu, pelajar tiba lebih awal di dewan peperiksaan untuk mendapatkan tempat
duduk yang baik dari segi pencahayaan dan kurang gangguan luar.
6.0 KESIMPULAN
Pelajar
mempunyai tahap motivasi yang berbeza, berbeza sikap terhadap pengajaran dan
pembelajaran, memberi respon yang berbeza kepada persekitaran bilik darjah dan
amalan pengajaran. Pelajar belajar dalam berbagai cara – dengan melihat dan
mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik dan intuitif, dan
menghafal, mengingat dan menggambarkan.
Pembelajaran
tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula
maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan
memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam
kehidupan. Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di
samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan
menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat.
Kaedah tersendiri individu mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat
dikenali sebagai gaya pembelajaran.
Oleh
itu untuk berjaya, individu pelajar perlu memiliki sifat belajar dan menguasai
kaedah belajar untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran. Walaubagaimanapun,
kemungkinan wujudnya pelajar yang berhadapan dengan konflik belajar apabila
tidak memiliki gaya pembelajaran yang sesuai. Masalah berlaku apabila gaya
pembelajaran pelajar tidak dapat disesuaikan dengan aktiviti dan gaya
pengajaran pensyarah. Akibatnya pelajar menjadi bosan dan tidak menumpukan
perhatian menyebabkan mereka gagal mendapat markah tinggi dalam peperiksaan,
kurang berminat pada subjek tertentu dan seterusnya berputus asa.
Salah
satu cara penentuan kecekapan atau prestasi seseorang individu mempelajari dan
menguasai ilmu adalah dengan menyedari gaya pembelajarannya. Penggunaan kaedah
atau gaya pembelajaran dapat membantu seseorang mengetahui dan memahami
pengetahuan dan kemahiran dalam proses pembelajaran. Gaya pembelajaran yang
dimiliki juga dapat membantu seseorang untuk mengenalpasti situasi pembelajaran
dan mempertingkatkan prestasi pembelajaran. Pelajar yang tahu menggunakan gaya
pembelajaran yang sesuai dengan dirinya akan lebih mudah membantu mereka
mencapai keputusan yang lebih cemerlang.
Setelah
pelajar diperkenalkan dengan gaya pembelajaran dan menggunakannya telah
mendapat keputusan lebih cemerlang. Di samping penyesuaian gaya pembelajaran
dengan sifat individu, penguasaan kemahiran belajar juga penting untuk mencapai
keputusan cemerlang. Kemahiran belajar adalah kemahiran yang membolehkan
seseorang pelajar mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan
menyampaikan ilmu pengetahuan.
Kemahiran
belajar merupakan keupayaan atau kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar
untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju ke arah
pembelajaran seumur hidup. Sehubungan dengan ini, proses pengajaran dan
pembelajaran di universiti adalah untuk melengkapkan diri individu dengan
kemahiran dan ilmu pengetahuan dan seterusnya dapat membantu individu untuk
menghadapi dunia pekerjaan dan berjaya dalam kehidupan.
Dalam
usaha untuk mendapat kejayaan akademik, kajian lalu telah menegaskan bahawa
seseorang pelajar perlu menitikberatkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar
yang diamalkan supaya dapat mengurangkan masalah belajar pelajar. Oleh itu,
kajian mengenai gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar
pelajar di sekolah perlu dibuat supaya proses dan prestasi belajar pelajar
dapat dipertingkatkan. Di samping itu, kesedaran mengenai pentingnya interaksi
antara tiga elemen ini di kalangan pelajar juga boleh membantu pihak sekolah
menyediakan persekitaran dan kaedah mengajar yang lebih sesuai dengan
kecenderungan belajar pelajar.
7.0 RUJUKAN
Khalid Mohamad Noor (2002). “Belajar Teknik Belajar: Di Sekolah dan Di Universiti”.
Bentong, Pahang: PTS Publication
Suhaida Abdul Kadir, and Zaidatul Akmaliah Lope Pihie, and Noran Fauziah Yaakub, and Habibah Elias, and Rohani Ahmad Tarmizi, (2006) Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif terhadap Prestasi Pelajar dalam Pendidikan Perakaunan. Jurnal Pendidikan, 26 (Malay Language Version)
Gu7O5U0&sig=h89M7_smFRkblnntqZVyMIQfKH8
10 GAMBAR ALAT BAHAN BANTU MENGAJAR BUKAN ELEKTRONIK
Bahan bantu mengajar yang saya cipta adalah khusus untuk permainan badminton. BBM ini bertujuan untuk membantu menguatkan otot tangan selain menjadi raket latihan. Hal ini kerana, berat raket ini adalah seberat 150 gram.
KULIT BUKU
Assalamualaikum, tugasan individu berikutnya adalah mencipta kulit buku. Oleh kerana badminton merupakan sukan yang saya minati dari kecil, jadi saya menyediakan kulit buku yang memfokuskan jaguh badminton negara iaitu Dato' Lee Chong Wei.
Wednesday, November 20, 2013
10 Teknologi Terkini dalam Bidang Sukan
Tugasan kedua adalah mengumpul 10 jenis alatan yang berteknologi tinggi yang digunakan dalam bidang sukan masa kini. Disini saya menyediakan 10 gambar pembaharuan dalam bidang sukan.
- ALAT PENCARI BAKAT SUKAN
Aplikasi yang dipilih akan menentu ukur tahap stamina dan kecekapan
seseorang melalui respons yang diterima daripada kesan lompatan ke enam arah
berbeza di atas panel heksagon. Antara keistimewaan alat ini adalah :-
- ianya dicipta untuk mengenal pasti bakat awal
kanak-kanak dalam sukan tertentu di samping dapat menguji tahap ketangkasan
setiap individu mahupun atlet sukan. Selain itu, ciptaannya juga
adalah berkemampuan mengukur tahap kecergasan diri seseorang sekali gus
menentukan jenis sukan yang sesuai disertai individu berkenaan sama ada
seseorang itu boleh bermain badminton, skuasy, tenis, judo, renang dan
sebagainya, ia bergantung kepada ukuran tahap ketangkasan atau kelajuan
pergerakan tubuh badan dalam keadaan stabil juga seimbang yang diperoleh
daripada mesin tersebut. Ia juga bertindak
sebagai alat latihan sampingan sekiranya seseorang atlet itu mengalami
kecederaan dan tidak dapat menjalani latihan seperti biasa
Cara penggunaan alat
tersebut pula adalah :-
- pertamanya, pengguna perlu menekan butang mula
dan memilih aplikasi yang bersesuaian sebelum melompat ke enam arah berlainan.
Kemudian, pengguna perlu melengkapkan sebanyak tiga pusingan dengan sepantas
mungkin dan mesin yang dipasang bersama alat itu akan mengeluarkan keputusan.
Justeru, bacaan yang diperolehi daripada mesin adalah tepat dan konsisten dan
dari situ kita akan dapat tahu sukan yang sesuai kepada mereka yang membuat
ujian itu.
2. 2.
KASUT SPIKE
TERKINI
Direka untuk menang.Merupakan penerokaan bahan-bahan,
teknologi dan
proses reka bentukperalatan khusus yang berpotensi meningkatkan
prestasi pecutan. Penyiasatan saintifik telah
menunjukkan bahawa penalaan sifat mekanikal kasut pecut kepada kebolehan fizikalatlet.Boleh
meningkatkan
prestasi sehingga 3.5%, kerana peningkatan sebanyak
0.7% sudahboleh membuat perbezaan yang signifikan
dalam pecutan.
1 3.
PENGADIL MATA KETIGA
Menggunakan pengadil tambahan yang memantau permainan pada
skrin. Dan selepas membuat keputusan melalui bluetooth setelah
menilai permainan melalui skrin digital.
"Pengadil Mata Ketiga". Oleh
itu,sebagai contoh, apabila seseorang pemain berada dalam keadaan
offsaid, pengadil video digital akan memberi cahaya
merah kepada ketua pengadil untuk beliau membuat
keputusan yang
objektif. "Pengadil Mata Ketiga" - keputusan
yang terbaik.
1 4.
NIKE PRECOOL
VEST
Nike sekali lagi telah mencipta sebuah ves yang mempunyai
pek ais yang sama seperti penyejuk minuman yang diletakkan bagi menyejukkan
air. Atlet yang memakai ves ini mampu mengurangkan suhu panas dan tubuh badan
tidak akan membazirkan tenaga untuk menyejukkan badan.
1 5.
EXERSICE
WATCH /HEART RATE WATCH
- Dapat membaca nadi semasa latihan dijalankan
- Dapat mengetahui jumlah pembakaran lemak di dalam badan
- Tahan lama dan kalis air
- Sesuai untuk lelaki dan wanita yang sukakan aktiviti lasak
1 6.
BOLA SEPAK PINTAR
- Penggunaan magnetic field dalam penghasilan teknologi ini telah membolehkan membantu memberi maklumbalas pada masa yang telah ditentukan kepada centrel komputer.
- Centrel komputer ini merupakan satu teknologi yang dpat mengesan kedudukan sebenar bola diatas padang dan menghantar terus kepada pengadil tentang sepakan atau kedudukan sebenar bola diatas padang
- Sistem ini dikatakan lebih tepat dan tidak terpengaruh kepada faktor dalam permainan,cuaca buruk atau masalah teknikal dalaman.
- Bola ini tahan lask dan tidak bocor.
1
7. SIM GUARD ELEKTRONIK
- Teknologi ini diletakkan diantara tumit dan kaki yang mana ia tidak menggangu pemain ketika beraksi
- Penggunaan teknologi ini mampu mengatasi kelicikan pihak lawan ketika beraksi
- Alat ini juga dapat mengesan diving,ini akan menjadikan pemain yang memakai alat ini akan mengetahui setiap gerak geri pihak lawan.
8. HAWK EYE
Ini adalah salah satu teknologi yang paling popular
digunakan dalam dunia sukan. Ia bolehkan menjejaki trajektori bola, seterusnya
membantu mengambil keputusan yang betul. Teknologi ini digunakan secara meluas
dalam sukan kriket dan tenis dan dijangka akan digunakan dalam bola sepak pada
tahun 2012, dengan titik permulaan sebagai Barclays Premier League. Dalam
tenis Eye Hawk menawarkan ilustrasi berkomputer arka bola melantun dan mengenal
pasti kedudukan sebenar bola apabila ia mencecah tanah, membantu pengadil dan
hakim garis mengenal pasti pemenang titik. Ia akan menjadi menarik untuk
diperhatikan bahawa sistem melibatkan 4 kelajuan tinggi kamera yang mengambil
imej pada sudut yang berbeza di seluruh gelanggang tenis dan trangulates
lokasi, kelajuan dan arah bola menggunakan
data yang dikumpul dari setiap sudut
1
9. NIKE IPPEAS
RIDING BOOTS
Nike telah mencipta sebuah kasut bagi
penunggang kuda yang mempunyai zip yang panjang bagi memudahkan untuk kasut
ditanggalkan. Nike juga telah menambah lelasan getah yang tinggi di bahagian
tepi but lantas membolehkan penunggang kuda berada dalam keadaan stabil ketika
melakukan lompatan. akhir sekali, Nike telah menggantikan ladam di bahagian
tapaknya dengan menggunakan material dari titanium yang boleh diubah
ketinggiannya.
1 10.
OTTOBOCK RUNNING BLADE
Kaki itu dibuat
daripada serat karbon dan biasanya dirujuk sebagai pisau berjalan. Lebih
daripada 80 lapisan karbon digunakan dengan bilangan yang tepat bergantung
kepada berat pemotongan individu itu, dan gaya berjalan. Serat karbon digunakan
kerana ia adalah ringan, fleksibel dan mempunyai ciri-ciri kelembapan yang
bermaksud tenaga minimum hilang melalui getaran. Serat karbon bukan sahaja
dapat menahan tekanan ini, ia menyerap ia untuk melindungi pelari sendi
semulajadi daripada kesan berulang –
ulang.
Subscribe to:
Posts (Atom)